BAB 1:
KEMAHIRAN LISAN
Pengenalan
Apabila kita menyebut lisan kita
akan tergambar dua orang atau lebih sedang bertutur, berinteraksi mahupun
berkomunikasi. Walau apapun perkataan atau istilah yang digunakan namun
perlakuan yang terlibat ialah mereka menerima mesej dan menghasilkan maklumat
berdasarkan mesej yang diterima itu tadi. Maksudnya, kemahiran lisan melibatkan
dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur. Dengan itu, kita boleh simpulkan sekali lagi bahawa kemahiran mendengar ialah
kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran
bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan
maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses
maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia
dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara
atau situasi yang dialaminya ketika itu. Terdapat dua kemahiran lisan, iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Kemahiran
Mendengar
i. Pengenalan
Dalam proses pemerolehan bahasa kita terlebih dahulu
terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Dengan itu
kita menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialami daripada
orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba meniru serta
menuturkannya berulang kali. Persekitaran inilah yang menjadi model kepada
kita. Jika model itu merupakan model yang baik iaitu mereka yang menggunakan
bahasa yang baik (yang standard), maka keadaan ini akan menguntungkan kita.
Jika sebaliknya, kita akan rugi kerana memperoleh contoh dan meniru model yang
salah.
ii. Jenis Kemahiran Mendengar
Penyataan di atas menyatakan bahawa kemahiran bertutur
itu terhasil daripada proses mendengar. Apakah yang terjadi dalam proses mendengar
itu? Ketika mendengar seseorang itu akan menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa,
dan berasaskan pengetahuan serta pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan
bunyi itu dengan makna. Bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas
bagi seseorang itu membuat tindakan. Dengan itu dapat kita simpulkan bahawa
proses mendengar itu melibatkan proses memaham, menghurai dan menilai apa yang
didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat. Terdapat dua
jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran
mendengar aktif.
a. Mendengar Pasif
dalam satu situasi, guru menerangkan nama sejenis
pokok dengan menggunakan istilah saintifiknya. Pelajar-pelajarnya berdiam diri
menunjukkan bahawa mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh gurunya. Jadi,
apakah yang berlaku dalam proses mendengar ini? Inilah yang dinamakan mendengar
pasif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu
maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan
tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima.
b. Mendengar Aktif
Mengapa pelajar-pelajar dalam situasi tertentu pula
menjawab penyataan gurunya? Sebab pelajar-pelajar itu faham apa yang dikatakan
oleh gurunya itu. Inilah yang dikatakan mendengar aktif. Oleh itu, mendengar
aktif melibatkan komunikasi dua hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas
secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar.
iii. Peringkat Kemahiran Mendengar dan Memahami
Apabila kita berkata tentang proses, kita tidak dapat
lari daripada sesuatu keadaan yang berlaku secara berperingkat dan mengikut
aras-aras tertentu. Begitulah juga dengan proses kemahiran mendengar ini.
Terdapat dua peringkat kemahiran mendengar yang mempunyai aras rendah dan aras
tinggi.
Aras Rendah
· Mengecam dan mengingat fakta dan
butiran secara tepat dan terperinci
· Mengenal maklumat khusus
· Mengesan urutan
· Mengenal sebab dan akibat
· Mengenal perhubungan orang-orang
yang berinteraksi
· Mengenal sikap
dan perasaan orang
· Mengecam dan mengingat fakta dan
butiran secara tepat dan terperinci
· Mengenal maklumat khusus
· Mengesan urutan
· Mengenal sebab dan akibat
· Mengenal perhubungan orang-orang
yang berinteraksi
Aras Tinggi
· Mengenal isi-isi penting
· Mengenal peranan dan perhubungan
yang bercakap
· Mentafsirkan maksud orang yang
bercakap
· Memberitahu fungsi tekanan dan
intonasi
· Mencari jalan
mengatasi masalah yang didengar
iv. Aktiviti Kemahiran Mendengar
Anda telah mengetahui jenis dan peringkat kemahiran
mendengar. Sekarang bagaimanakah pula anda dapat menguasai kemahiran mendengar
itu? Ataupun, bagaimanakah anda dapat mengajar pelajar-pelajar anda menguasai
kemahiran mendengar secara berkesan? Sudah tentulah dengan menggunakan sesuatu
cara. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, cara itu dimaksudkan sebagai
aktiviti.
Apakah aktiviti yang dapat membantu pelajar menguasai
kemahiran mendengar itu? Antara aktiviti-aktivitinya adalah seperti yang
terkandung di dalam jadual di bawah:
(a) menegenal
dan mengecam
· Mengenal dan
mengecam jenis-jenis bunyi.
· Mengecam
sebutan baku dan tidak baku dan bunyi kata.
· Mengecam
pelbagai jenis nada, intonasi, gaya pengucapan serta sikap penutur daripada
perbualan, lakonan atau drama yang diperdengarkan.
· Mendengar
rakaman perbualan, wawancara, cerita dan berita.
· Perbualan
melalui telefon.
· Mengenal
pasti erti kata-kata.
(b) Membuat
inferens
Menerangkan sebab-sebab kejadian sesuatu perkara.
Misalnya, jelaskan sebab-sebab terjadinya tanah runtuh?
(c) Menganalisis
maklumat
Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan
merujuk kamus.
(d) Membuat
rumusan
Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan
maklumat yang telah dianalisis.
(e) Membuat
penilaian
Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu
perkara yang didengar atau dibincangkan.
v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan untuk
Kemahiran Mendengar
Kita sedia maklum bahawa untuk menarik penumpuan dan
minat pelajar-pelajar untuk mendengar, situasi pembelajaran itu mestilah
menarik juga. Di samping pengajaran guru bahan-bahan bantu mengajar juga
memainkan peranan penting. Ini bermaksud, seseorang guru yang masuk ke bilik
darjah dengan hanya menggunakan kata-kata, suara, isyarat (gestures), papan
tulis dan papan kapur sahaja, tidak akan dapat mengembangkan keintelektualan
pelajar dengan berkesan. Kenapa tidaknya? Sebab, pelajar hanya mendengar dan
mempelajari sesuatu itu secara abstrak, jauh dan kabur. Ini tidak memungkinkan
berlakunya perkongsian maklumat, idea, pandangan, sikap dan nilai antara
pelajar dengan guru, pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan. Mana
mungkin pelajar hanya mendengar sahaja sedangkan kemahiran bahasa perlu
dikuasai dengan yakin melalui visual dan pengalaman. Dengan itu, sebaiknya,
guru bahasa perlu menggunakan alat dan bahan yang sesuai, menarik dan mencabar
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu agar semua deria pelajar
dilatih untuk menerima pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam kemahiran
mendengar ini.
Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai, guru
hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ia digunakan. Beberapa langkah
boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan
menilai.
a) Klasifikasi
Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Bahan
|
Jenis alat
|
Bentuk
bahan
|
1. Audio
|
Radio,
pita rakaman (audio), piring hitam
|
Petikan
bunyi haiwan, suasana, senikata nyanyian, petikan cerita, berita, dll.
|
2. Bahan
bercetak
|
Kad,
carta, peta, graf, kit
|
Sedutan sajak, pantun, dan nyanyian;, sedutan teks,
novel,cerpen; dan sedutan rencana.
|
3. Visual
|
Slaid, lut
sinar dan OHP, filem, filem lajur, gambar
|
Ilustrasi,
penjelasan konsep, kata kunci/ penunjuk, ayat kunci.
|
4. Objek
Fizikal
|
Benda
sebenar, model
|
Kosa kata,
ayat.
|
5. 5. Audia dan Visual
1. ( Pandang dan Dengar)
|
T.V dan
rakaman video, filem
|
Seperti
(i) dan (iii)
|
6. Manusia dan Alam Sekeliling
|
Kumpulan
rakan sebaya, situasi sesuatu tempat
|
Perbincangan
dialog, perbincangan teks.
|
7.
Komputer
|
Disket dan
hasil cetakan komputer
|
Seperti
(ii) dan (iii)
|
8. Audio dan Bahan Bercetak
|
Kedua-dua
bahan dan alat (i) dan (ii)
|
Seperti
(i) dan (ii)
|
Jadual 1 :
Klasifikasi alat dan bahan pengajaran
b. Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Mendengar
Setelah anda faham tentang prinsip pemilihan,
pengolahan, pembinaan, penggunaan dan penilaian bahan pengajaran bahasa Melayu,
sekarang mari kita tumpukan khas kepada bahan bantu mengajar untuk kemahiran
mendengar sahaja.
Di atas tadi telah ditunjukkan klasifikasi alat dan
bahan mengajar bahasa Melayu. Daripada senarai bahan-bahan tersebut kita boleh
ambil beberapa bahan dan alat yang sesuai untuk pengajaran kemahiran mendengar.
Bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan bagi melatih kemahiran mendengar
ialah pita rakaman. Pita rakaman amat berkesan dalam latihan kemahiran
mendengar kerana guru dapat memainkan semula bahagian-bahagian tertentu pada
sesuatu rakaman sekiranya didapati perlu. Rakaman yang dimainkan semula kepada
pelajar-pelajar itu dapat didengar tanpa apa-apa perubahan terhadap sebutan,
nada, intonasi dan gaya pengucapan.
Namun, pita rakaman video adalah lebih berkesan.
Melalui pita rakaman video ini, murid-murid bukan sahaja dapat mendengar
sebutan, nada intonasi dan gaya pengucapan tetapi mereka juga dapat melihat
gerak-geri mimik muka orang yang bertutur. Unsur-unsur bahasa dan unsur-unsur
paralinguistik yang didengar dan unsur-unsur bukan linguistik yang dapat
dilihat melalui pita rakaman video akan memudahkan pendengaran dan pemahaman
murid-murid. Di samping itu bahan bantu mengajar seperti gambar, ilustrasi,
poster, rajah, carta, peta, dan kad-kad imbasan dapat digunakan juga untuk
membantu pelajar-pelajar memahami bahan yang diperdengarkan. Begitu juga, bahan
ini boleh menjadi alat yang dapat menggerakkan murid untuk sedia mendengar
bahan rakaman.
vi. Penilaian Kemahiran Mendengar
a. Kenapakah kita perlu menilai kemahiran mendengar?
Sebabnya adalah untuk mengetahui adakah
pelajar-pelajar kita sudah menguasai atau belum kemahiran mendengar yang kita
ajarkan.
b. Bilakah penilaian kemahiran mendengar perlu
dilakukan?
Penilaian kemahiran mendengar seringkali dilakukan
secara tidak formal ketika pelajar-pelajar melakukan aktiviti-aktiviti lisan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Walaupun aktiviti lisan
itu dilakukan serentak dengan kemahiran bertutur tetapi fokusnya adalah
penilaian terhadap kemahiran mendengarnya.
Penilaian terhadap kemahiran mendengar dapat
dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, ialah penilaian terhadap keupayaan
mendengar dan mendiskriminasikan komponen-komponen linguistik. Pengujian
terhadap kemahiran mendengar ini memerlukan pelajar mengenal pasti makna-makna
perkataan mengikut konteks, mengenal pasti jenis-jenis ayat berdasarkan
intonasi yang berlainan, mengasingkan perkataan mengikut golongan, dan mengenal
pasti morfofonem tertentu yang hadir hasil daripada berlakunya proses
pengimbuhan.
Kedua, ialah penilaian terhadap kemahiran mendengar
bagi tujuan-tujuan komunikasi. Ini bermaksud guru menguji kemampuan pelajar
menguasai kemahiran mendengar dan memahami serta menginterpretasi sesuatu
wacana yang diperdengarkan kepada mereka.
c. Apakah instrumen yang kita gunakan untuk menilai
kemahiran mendengar?
Sebenarnya ada pelbagai instrumen yang boleh kita
gunakan untuk menguji atau menilai kemahiran mendengar pelajar kita, antaranya
ialah pemerhatian dan latihan amali.
Penutup
Sudahkah anda faham tentang kemahiran mendengar? Mari
kita ingat semula penyataan penting tentang kemahiran mendengar ini. Kemahiran
mendengar adalah:
1. satu daripada komponen kemahiran lisan,
2. diajar
secara serentak dengan kemahiran bertutur,
3. merupakan
kemahiran asas untuk menguasai kemahiran selanjutnya iaitu kemahiran bertutur,
membaca dan menulis,
4. mempunyai
proses yang melibatkan dua aras penting,
5.
pengajaran yang melalui dua peringkat yang berdasarkan kesukaran tugasan atau
fungsi mendengar itu, dan
6. menguji kemampuan dan kecekapan mendengar.
Seperti kata Juriah Long (Perkedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia: 1990), kemahiran mendengar itu merupakan komponen kemahiran lisan
yang tidak boleh diabaikan oleh guru-guru bahasa. Mendengar merupakan proses
yang kompleks kerana dalam proses mendengar, seseorang individu itu bukan
sahaja menggunakan alat pendengarannya, tetapi individu tersebut juga perlu
menggunakan otaknya untuk mentafsirkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat
bahasa yang didengarinya dan kemudian memberi gerak balas terhadap sebutan
bahasa tersebut. Oleh itu, katanya lagi, pelajar-pelajar perlu dilatih melalui
beberapa aktiviti pembelajaran yang berkesan supaya mereka dapat mendengar
dengan baik. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan juga dapat membantu
guru dalam latihan-latihan mendengar tersebut.
No comments:
Post a Comment